Ragad Hadiahkan Bentley RM1.5 Juta Kepada Taib?


KUCHING - Viral di media sosial beberapa gambar yang menunjukkan Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud menerima hadiah kereta jenama Bentley bernilai RM1.5 juta itu, menimbulkan persoalan netizen, siapakah individu yang terlalu 'baik hati' memberikan hadiah semahal itu. 

Menurut laporan MalaysiaKini, pemberian hadiah itu dikatakan dari isterinya sendiri, Ragad Waleed Al-Kurdi sempena ulang tahun kelahiran suaminya dan juga ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.



Bentley berwarna putih yang diikat dengan reben itu dihadiahkan kepada Taib ketika majlis sambutan hari jadinya.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan dari tuan empunya badan.

Sebelum ini, ada yang mendakwa kereta mewah itu dihadiahkan oleh Taib kepada Ragad. Sumber yang lain pula mendakwa ia dihadiahkan oleh seorang ahli peniagaan yang kaya dari Semenanjung. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.