Rakyat Malaysia Banyak Habiskan Masa Dalam Kesesakan


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa dalam kesesakan lalu lintas berbanding tahun lalu, menurut tinjauan online yang dibuat oleh pembuat kereta global, Ford. 

Menurut Ford, sebanyak 55% dari 1,050 responden menyatakan bahawa mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam kesesakan lalu lintas.

"Lebih dari satu dari setiap lima orang berkata, perjalanan mereka dalam kenderaan merupakan saat yang paling teruk dalam sehari," memetik kenyataan Ford dari laporan Bernama semalam. 

Syarikat itu berkata, pengguna kenderaan harian adalah yang kedua berkemungkinan melaporkan peningkatan kos perjalanan mereka dari setahu lalu, 75% hanya di belakang Hong Kong dengan harga minyak paling kerap disebut sebagai penyebabnya. 

Tinjauan di Asia Pasifik itu dikendalikan oleh Global Web Index bagi pihak Ford Motor Company.

Sejumlah 12,619 pengguna menjalani tinjauan itu merentasi 12 pasaran iaitu Australia, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, India, Indonesia, New Zealand, Taiwan dan Vietnam.

Tinjauan itu selesai pada Januari. - BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.