Ramadan, Waktu Rehat Penjawat Awam Dikurangkan 30 Minit


BATU PAHAT - Kerajaan sedia menimbangkan cadangan untuk memendekkan waktu rehat penjawat awam selama setengah jam pada bulan Ramadan akan datang.

Cadangan itu dikemukakan oleh seorang penjawat awam yang disiarkan di sebuah akhbar, yang meminta waktu rehat dipendekkan agar penjawat awam boleh pulang lebih awal bagi menyediakan juadah berbuka. 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet untuk diperhalusi.

"Pihak kami terbuka dan sedia menerima apa-apa cadnagan. Perkara itu akan dibawa ke peringkat atasan," katanya. 

Tambahnya, pihaknya bersetuju untuk menimbangkan cadangan itu kerana ia dilihat tidak akan menjejaskan aktiviti dan operasi perkhidmatan penjawat awam di sepanjang bulan Ramadan kelak. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.