Ramai Ibu Bapa Suka Banding Bezakan Anak² Di Facebook


Anak-anak kita lain dengan anak-anak orang lain sebab diorang ada mak bapak yang lain dari anak-anak kita. Kalau anak orang lain boleh jadi doktor, anak kita mungkin boleh jadi jurujual di pasar raya. 

Anak orang lain bijak-bijak belaka, anak kita mungkin lain keputusan SPMnya. Anak-anak orang lain mungkin pandai membaca di umur yang sangat muda, anak kita terkial-kial di darjah dua. 

Ada apa? 

Ramai ibu bapa di dalam Facebook ini sibuk membandingkan anak-anak mereka dengan anak-anak orang lain. Tak sama, jangan bandingkan. Anak kita itu Allah yang bagi kita sebab kitalah yang paling sesuai menjadi ibu bapa mereka. Terimalah anak kita.

Bukan semua orang Allah izinkan menjadi doktor. Mungkin anak kita janitor, tetapi janitor Allah tanamkan taqwa padanya. Tetapi kalaulah anak kita yang jadi doktor itu, alhamdulillah. Kalai tidak juga, tak mengapa. 

Doktor, jurutera, pilot atau apa pun pekerjaan adalah rezeki masing-masing. Dapat kerjaya hebat bukanlah tiket pada kehidupan yang berkat. Ada orang yang berkerjaya tetapi tidak gembira. Ada orang yang tiada kerja hebat tetapi hidupnya berkat. Wallahualam. Ini jawapan saya pada mak yang PM saya malam tadi. - Normaliza Mahadi | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.