Rawat Selsema Bayi Anda Dengan Tisu


Bila baby selsema, mesti ibu bapa susah hati kan? Pertama, mesti pergi klinik. Tetapi doktor tak boleh bagi apa-apa ubat. Doktor akan minta ibu atau ayah sedut hingus anak menggunakan mulut. 

Tetapi bagi yang mempunyai anak pertama, memang tidak ada pengalaman mahu menyedut hingus baby guna mulut. Bukan geli tetapi bimbang lain yang terjadi. 

Alternatifnya, pergi farmasi beli pam sedut pun tak okay juga. Sapu krim tropika pun tak nampak sebarang perubahan yang memberansangkan. 

Apa yang saya buat selepas itu, beli Sterimar. Barulah ada baik sikit. Hingus baby pun nampaknya sudah berkurang. Tetapi bila tidur malam, baby masih tak lena. 

Kebetulan dalam pantang, jiran beritahu anak dia dua bulan selsema. Dua bulan itu jugalah satu keluarga dia tak tidur lena. Duit pun dah banyak dihabiskan. Maka mereka berikhtiar pergi berjumpa dengan doktor pakar. 


Doktor cuma ambil tisu muka, buka satu lapisan (guna 1 lapisan sahaja) dan gulung salah satu bahagian hujung tisu (rujuk gambar). Siap gulung, masukkan ke dalam hidung baby dan tidak lama kemudian baby anda akan bersin.

ACCHHOO! 

Baby bersin keluarkan ketulan hingus. Pastikan tisu masuk sampai dalam. Mula-mula baby akan menangis. Tetapi bila dah bersin, alhamdulillah, settle masalah. Baby saya pun dibuat begitu, tiga kali masukkan tisu, alhamdulillah selsema dah tak ada. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.