Remaja Dibelasah Imam Kerana Merokok Di Stor Masjid


GOMBAK - Seorang remaja dibelasah oleh seorang imam di sebuah masjid di Selayang kerana merokok di stor premis berkenaan, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 7.30 petang, mangsa yang merupakan pekerja pembersihan di masjid itu dipukul, ditumbuk dan ditendang oleh imam itu sehingga menyebabkan kecederaan.

Mangsa yang berusia 16 itu membuat laporan polis sebelum dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad mengesahkan kejadian itu. 

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. Keterangan daripada mangsa juga telah diambil," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.