Remaja Dipaksa Jadi Hamba Seks Selama Beberapa Bulan


PULAU TIOMAN - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mendakwa dia telah dipaksa menjadi hamba seks kepada sekumpulan rakan-rakannya selama beberapa bulan selepas mereka mengancam akan mendedahkan video seks serta gambar-gambar bogelnya, lapor Guang Ming Daily. 

Detik hitamnya itu hanya diketahui pada Khamis lalu apabila gurunya ternampak gambar dan video yang tersebar di media sosial. 

Menurut bapa mangsa, sekumpulan suspek itu telah merogol anaknya pada Mac lalu selepas mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri yang difahamkan telah sebelum itu mangsa telah diberi minuman yang mengandungi dadah menyebabkan anaknya tidak sedarkan diri. 

Beliau mendakwa, suspek telah merakam gambar dan video semasa melakukan tindakan keji itu dan mengugut untuk menyebarkannya jika mangsa enggan mengadakan hubungan seks dengan mereka. 

Mangsa mendakwa dia bimbang dimarahi oleh bapanya jika mengetahui perkara itu, terpaksa merelakan diri menjadi hamba seks kepada sekumpulan lelaki berkenaan. 

Selepas mengetahui kejadian malang yang menimpa anak gadisnya itu, bapa mangsa membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Supt Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, enam suspek termasuk seorang perempuan telah ditahan untuk membantu siasatan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.