Salahguna Lorong Kecemasan Akan Didenda RM4,000, Penjara 12 Bulan


KUALA LUMPUR - Susulan kes kemalangan di Kilometer 228 Lebuhraya Ayer Keroh, Ahad lalu, Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Valluvan Veloo meminta saksi yang mempunyai gambar dan video pengguna kenderaan yang menyalahgunakan lorong kecemasan tampil membuat aduan.


"JPJ memandang serius perkara ini. Video serta gambar yang diambil oleh saksi kejadian boleh dilampirkan sebagai bukti kesalahan untuk pemandu tersebut untuk diambil tindakan.

"Saksi di tempat kejadian yang mempunyai video dan gambar yang jelas menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan diminta tampil membuat aduan. JPJ akan mengesahkan maklumat pengadu, lokasi, masa dan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan dan notis akan dikeluarkan untuk meminta pemilik kenderaan mendedahkan maklumat pemandu.

"Pemandu yang telah dikenalpasti kemudian akan dipanggil untuk siasatan lanjut. Segala bukti yang dikemukakan oleh pengadu juga akan digunakan dalam dakwaan dan pesalah akan didakwa di mahkamah," katanya. 


Jika disabitkan bersalah, pelaku boleh dikenakan hukuman maksimum denda RM2,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Denda RM4,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua. 

"JPJ atau polis tidak boleh berada di mana-mana, jadi rakyat perlu mengambil tanggungjawab. Namun jangan merakam situasi ketika memandu. Sebaliknya dibuat oleh penumpang bagi mengelakkan kemalangan yang lain pula," katanya yang juga memberikan jaminan maklumat dan butiran pengadu akan dirahsiakan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.