Mayat Seorang Wanita Ditemui 15KM Dari Sg Batang Lupar


Kemaskini:

1.14 pm




12.22 pm - Mayat seorang wanita ditemui pada jam 12 tengah hari di kawasan tebing hulu, 15 kilometer dari Sungai Batang Lupar. - Pengarah JBPM


KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan, serpihan helikopter yang membawa beberapa orang kenamaan termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato Noriah Kasnon, ditemui pagi tadi. 

Serpihan helikopter itu ditemui oleh Pasukan Mencari & Menyelamat (SAR) berhampiran Sungai Batang Lupar, Sebuyau, pagi tadi. 

"Serpihan yang ditemui, termausk rotation device, sebuah kerusi, sebahagian daripada pintu, sebahagian rotor blade dan sebahagian dinding helikopter," kata Najib dalam sidang media pagi ini. 




Turut berada dalam helikopter tersebut ialah suami Timbalan Menteri, Asmuni Abdullah, Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian (MOA) Datuk Dr Sundaran Annamalai, pegawal peribadi Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipinan Rudolf Rex Ragas. 

Bagaimanapun, Najib enggan membuat kesimpulan bahawa kesemua mangsa sudah tiada dan masih menunggu hasil daripada pasukan SAR - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.