Suami Tahu Buat Anak Saja, Tolong Jaganya Tidak!


Jaga anak kecil itu memang mencabar. Jangan ingat isteri suri rumah duduk senang lenang sahaja. Saya dulu bekerja, sekarang suri rumah. Tetapi penat menjadi suri rumah lebih lagi berbanding penat bekerja. Kemas rumah tak sampai 10 minit bersepah semula. Kemas 5-6 kali, sepahnya 10 kali. 

Nak masak, anak menangis-nangis minta dukung. Terpaksalah masak sambil mendukung anak. Letak depan televisyen, anak yang besar pula melanyak adiknya. Nak berak kencing pun susah, anak menangis nak ikut. Kadang-kadang itu kena angkut anak sekali masuk ke tandas. 

Nak mandi? Kadang-kadang kena tunggu suami balik dulu barulah boleh mandi dengan tenang. Nak gosok gigi, anak dah melalak macam apa di luar bilik air. 

Memanglah boleh main handphone sebab anak ini bijak. Masa kita duduk diam, dia pun diam. Elok main sebelah. Tapi bila bergerak sikit, dia mulalah buat perangai. Tetapi di kepala isteri itu macam-macam kerja nak kena buat. 

Seperkara lagi, dia merungut bukan apa, sebab dia nak bercerita. Dia di rumah dengan anak-anak tak ada kawan nak dengar cerita dia, luahan hati dia. Kalau suruh dia pendam, lama-lama boleh jadi stress tahu tak? 

Lagi satu nak tanya, malam-malam anak nak menyusu, siapa yang bangun? Suami atau isteri? Anak kecil ini kadang-kadang dua jam sekali dah bangun menyusu. Kalau tiga orang? Kadang-kadang bergilir-gilir bangun. Agak-agak bila masa isteri nak cover tidur? Waktu siang? Ingat boleh cover ke dengan anak kecil lagi? Seorang tidur, seorang lagi berjaga. Kalau dia tertidur, anak bertiga itu bergaduh. Tak ke naya?

Fikirlah, sebagai suami jangan pentingkan diri sendiri. Lain kali nak isteri layan elok, buatlah perancangan keluarga. Bagi isteri rehat sikit. Ini tahu buat anak saja. Tolong jaga anak tak tahu. Isteri penat mengandung 9 bulan. Jaga anak lagi. 


Budak, selagi tak masuk usia 2 tahun, selagi itu banyaklah ragamnya. Kuat bangun malam nak menyusu. Kalau anak rapat? Maknanya bertahun-tahunlah isteri tak cukup tidur. Penat tahu tak, penat. - Ummul Madihah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.