'Susahlah Anak Jenis Memilih Makanan...'


Banyak kes picky eater datang berjumpa dan kebanyakan memberi simptom yang hampir sama.

1. Mak risau anak tak makan nasi

Tapi sebenarnya anak makan sumber karbohidrat lain seperti bihun, kueh teow, roti, kentang, ubi dan lain-lain. Tak apalah tu, depa nanti besar nak duduk oversea. Tak perlu risau, masih dari kumpulan karbohidrat. 

Tapi kalau anak tak nak makan nasi, makan megi. Itu perlu risau! Anak umur 3 tahun makan megi. Siapa ya yang beli, masak dan hidangkan megi itu?

2. Mak risau anak tak makan, maka bergantung pada susu

Anak sudah umur 4 tahun tapi masih minum susu, melalui botol pula. Apabila ditanya, minum sehingga 7 kali sehari.

Mak, anak tak makan kita tidak top up dengan susu. Tapi, kita kurangkan atau hentikan susu melalui botol dan biasakan makan makanan lain yang seimbang, pelbagai dan berzat. Umur 3-4 tahun, anak sepatutnya sudah makan hampir sama seperti menu orang dewasa. Yang menjadi kepayahan, orang dewasa makan tak sihat takut nak beri pada anak. Jika takut mahu beri sesuatu pada anak, mak juga patut tidak makan.

Mak dan ayah seharusnya lebih faham psikologi anak-anak. Betul, bukan mudah hentikan susu. Tapi, secara peribadi saya suka anak-anak dilayan seperti orang dewasa. Maklumkan dan bincang. Saya buang botol Iman Najwa di hadapannya. Saya jelaskan dia sudah besar, dan buang ke belakang rumah yang ada ayam. Pukul 3 pagi, dia bangun dan menangis sambil ketuk pintu,

"Ayam, bagi balik susu Iman"

Dua minggu. Setel. Furqan lebih sukar kerana dia menyusu susu ibu. Masih sama, saya jelaskan dan lebih kurang dua minggu, setel.

3. Buat jadual makan, tetapkan masa

Perlu ada selang masa antara makanan ringan dan makanan utama. Contoh, makan tengahari pada pukul 1.00. Maka elakkan pemberian susu atau makanan ringan sekurang-kurangnya 2-3jam sebelum waktu makan itu. Waktu makan tengahari pukul 1.00, pukul 12 masih beri susu. Kita orang dewasa pun tak mampu nak makan sebanyak itu. Kasihani perut kecil si manja.

4. Jajan! Ini musuh utama

Di rumah ada aiskrim, coklat, gula-gula, keropok, cikedis dan anak makan "empty-calorie" lalu abaikan makanan "clean" yang sihat. "Empty-calorie" adalah makanan tinggi kalori tanpa khasiat. Contoh, cikedis. Kalori tinggi tapi tiada vitamin atau mineral baik, yang ada sodium, monosodium glutamate (MSG), pengawet dan pewarna.

Tak aci mak beli ais krim dengan harapan mak dan ayah saja makan, tapi jegil-jegil mata tak bagi anak makan. Katanya, yang penting, kerjasama. Kan?

5. Bila kita minta anak makan sayur, ayah di tepi gelak-gelak. 

"Maknya tak makan sayur, Puan"

Ayahpun sama, tak dibelikan sayur untuk mak masak.

Hehe. Walk the talk, kata orang kampung saya. Sama-samalah kita ya. We are all mothers, not rivals. - Ummi Lily | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.