Malaysia Pernah Diserang Oleh Pengganas JRA Pada 1975


Malaysia kita ini pernah diserang pengganas. Bukan IS, ISIS, Al-Qaeda, ETA, Tupac Amaru, Boka Haram atau Tamil Eelam. Tetapi JRA atau Japanese Red Army, tentera merah Jepun berfahaman komunis. 

Peristiwa berlaku pada 5 Ogos 1975 ketika saya masih berada dalam tingkatan 1 di Sekolah Menengah Darulaman pada waktu itu.

Lima orang pengganas ini telah menahan 53 orang petugas di bangunan AIA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Turut ditahan ialah Consul kedutaan Amerika dan Sweden yang membuka pejabat mereka di bangunan tersebut. 

Bangunan AIA

Pasukan polis memasuki bangunan AIA setelah sekumpulan pengganas JRA menawan tebusan di tingkat 9.

Askar Komando turut dikerahkan ke lokasi kejadian pada hari kedua. Pengganas JRA yang menyedari kehadiran askar itu bagaimanapun mengancam akan meletupkan  tingkat 9 bangunan AIA.

Salah seorang pengganas (bertopeng) bersama dua tembusan keluar dari bangunan AIA menuju ke bas yang akan membawa mereka ke lapangan terbang Subang.



Salah seorang pengganas JRA berjabat tangan dengan kru Japan Airlines sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Subang, 7 Ogos 1975

Pertukaran tebusan dengan anggota pengganas JRA

Mereka menuntut agar lima rakan pengganas mereka yang dipenjarakan di Jepun, dibebaskan dan dihantar ke Kuala Lumpur untuk menyertai mereka berlindung di negara ketiga. Jika permintaan mereka tidak dipenuhi, mereka akan membunuh kesemua 53 tahanan. 

Kelam kabut kerajaan kita berunding dengan pengganas terbabit terutamanya Tan Sri Ghazali Shafie, selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu. 

Akhirnya Kerajaan Jepun bersetuju dan membebaskan lima rakan pengganas itu serta dihantar ke Kuala Lumpur. 

Antara lima rakan pengganas yang telah dibebaskan dari penjara Jepun dan dibawa ke Kuala Lumpur untuk menyertai lima rakan mereka yang lain. 

Tan Sri Ghazali berunding dengan Kerajaan Libya kerana semua negara enggan menerima 10 pengganas terbabit. Akhirnya Muamar Ghadafi bersetuju menerima kesemua pengganas terbabit. Sebagai ganti, 53 tebusan ditukar dengan Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato' Ramli Omar dan secretary general Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Osman Samsuddin Cassim. 

Tun Dr. Mohd Ghazali Shafie atau lebih dikenali dengan nama King Ghaz

Inilah dua orang hero kita yang sanggup mempertaruhkan nyawa. Mereka perlu travel bersama pengganas ke Libya. 

Pesawat JAL DC-8 tidak boleh terbang terus ke Tripoli. Pesawat perlu singgah mengisi minyak. Tetapi bukan semua negara yang memberikan keizinan untuk singgah di lapangan terbang mereka. Akhirnya Tan Sri Ghazali  berbincang dengan Bandaranaike dan beliau bersetuju serta mengizinkan pesawat itu singgah mengisi minyak di Colombo. 

Namun begitu, juruterbang Jepun pula enggan menerbangkan pesawat DC-8 itu kerana bimbang ditembak. Akhirnya seorang juruterbang muda berbangsa Melayu bersetuju untuk menerbangkan pesawat itu dari Kuala Lumpur ke Tripoli. 

Lihatlah keperwiraan Melayu di saat negara diancam pengganas. Orang lain tak boleh diharapkan. - Abdul Muati Ahmad | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.