'Tak Pernah Hadap Majlis Kahwin Pelik Camni...'


Adik saya baru saja berkahwin pada Februari lalu. Yang saya nak cerita ini adalah sebelum dia berkahwin, dah berlaku konflik antara dua keluarga. Sampai kami tertanya-tanya jadi ke tidak nak kahwin? Kad semua pun dah diedarkan. 

Ceritanya bermula di mana keluarga si lelaki ini berperangai pelik dari orang lain. Yang membuatkan saya geram bila nak buat majlis yang simple dan pelamin bajet. Jadi saya pun tolong carikan dengan rakan-rakan yang ada buat perniagaan ini. 

Bajet pelamin RM300 sahaja, sekali dengan baju dan make up. Tiba-tiba pengantin lelaki datang, mahukan yang lebih gah. Jadi pergilah kami ke butik untuk tengok baju bagai. Jadi, buat keputusan bahagia dua antara pengantin perempuan dan lelaki. 

Adik saya ini pula tidak pernah bekerja. Nak berkahwin pun sebab sepupu yang tolong kenalkan. Tak sampai seminggu, keluarga lelaki itu datang merisik dan entah macam mana tup-tup kata nak bertunang dan kahwin.

Saya sudah tentulah terkejut sebab tak tahu apa-apa dan dapat berita seperti itu. 

Malam sebelum akad nikah itu, tiba-tiba keluarga lelaki menghubungi kami dan menyatakan yang mereka tidak boleh membayar pelamin dan baju pengantin bagai. Sedangkan dia yang meminta pakaian yang gah, pelamin yang gah dan segala-galanya gah. 

Yang pelamin bajet RM300 itu dah cancel dah. Ada ke patut dia suruh adik saya bayarkan semua. Marahlah abah dan mak saudara saya. Malam itu mereka bergaduh dan berbincang, majlis tetap akan diteruskan juga. 

Seperkara lagi yang pelik mengenai mereka ialah, kebiasaannya lelaki akan datang ke rumah perempuan, tetapi kami pengantin perempuan pula yang kena pergi ke masjid di kampung pihak lelaki. Dah jadi bising satu hal dengan alasan nak kahwin dengan kadi di kampung pihak lelaki. Macamlah kadi di kampung saya ini tak ada kan. 

Yang paling rare time majlis resepsi di rumah pengantin perempuan (rumah saya), tiba-tiba mak saudara lelaki berbisik dan meminta barang hiasan atas dulang itu kembali. 

Faham tak barang hiasan? Thats mean bakul yang dia gunakan untuk hiasan. Saya terkejut beruk pada ketika itu. Dia memberikan alasan bahawa tapak itu disewa dari orang lain. Dia kemudian berbisik pula pada mak saudara saya, bertambah anginlah orang tua itu. Memandangkan majlis belum habis, mak saudara saya bersabar. 

Perkara yang paling bengang bila dia bawa pula pengantin lelaki itu balik ke rumah dia semula. Padahal keesokan harinya majlis hantar menantu. Bayangkanlah dah berapa kali keluarga saya naik angin? Dah banyak hal yang keluarga lelaki itu timbulkan.

Pagi, majlis nak hantar menantu itu, sepupu dan ayah saya dah tak ada mood. Masing-masing malas nak pergi ke sana sebab ibarat bukan menghantar menantu tetapi hantar anak sendiri ke rumah sana. Tetapi fikirkan adik saya ini, kami pergi jugalah ke sana dengan membawa segala barang perhiasan yang diminta. 

Selepas saja majlis berzanji, mak saudara saya serahkan barang yang diminta itu betul-betul depan orang ramai sebab dah tak tahan kemarahan sangat. Masa itu bergaduhlah mak saudara saya dengan mak saudara dia. Adik saya yang masih di pelamin sudah menangis, membuatkan saya dan adik beradik yang lain turut menangis juga. 

Mak sepupu dan mak saudara yang lain tarik saya keluar sebab saya ini mulut macam pelakar juga. Bimbang saya terkurang ajar, jadi dibawa keluar cepat-cepat. 

Di kereta saya sudah melenting-lenting dah ni, tiba-tiba nampak ayah menangis sebab tengok majlis anak dia jadi begini. 

Bayangkanlah majlis perkahwinan pertama dalam keluarga saya tetapi dah jadi begini. Saya nak kahwin nanti pun jadi takut pula. 

Walaupun begitu, Alhamdulillah rumah tangga adik saya sempurna, tiada cacat celanya. Keluarga lelaki itu okay saja sebenarnya, cuma cara saja yang salah. Saya kongsikan pengalaman ini sebab bagi saya ini perkara yang pelik. Kalau benar-benar mahu bersederhana, biarlah betul-betul dan tidak membebankan sebelah pihak. - IIUM Confession | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.