Tak Salah KPN Keluarkan Arahan Melalui Twitter - Zahid


KUALA LUMPUR - Umum tahu Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sering mengeluarkan arahan melalui Twitter kepada pegawai dan anggotanya untuk melakukan siasatan atau tindakan, tidak dianggap melakukan sebarang salah laku, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Menurut kenyataan bertulis Timbalan Perdana Menteri itu juga, hebahan yang dibuat oleh KPN itu tidak menyalahi undang-undang serta peraturan yang sedia ada dan mudah serta cepat disebarkan kepada masyarakat umum. 

"Kementerian tidak melihat sebarang salah laku telah dilakukan memandangkan KPN telah menjalankan tugas beliau dengan mengeluarkan arahan agar tindakan segera diambil terhadap sesuatu isu yang timbul.

"Tiada sebab tindakan disiplin patut diambil berdasarkan inisiatif yang telah diambil dalam usaha membuat penyebaran berkenaan," katanya. 

Tan Sri Khalid menjadi tumpuan ramai pihak apabila beliau gemar menggunakan laman Twitter untuk mengeluarkan arahan kepada anggota dan pegawainya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.