Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Tangan Budak 2 Tahun Tersepit Di Eskalator KLIA


    SEPANG - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun cedera di pergelangan tangan akibat tersepit di eskalator di Bangunan Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

    Harian Metro melaporkan, kejadian itu berlaku pada jam 8.30 malam tadi dan pihak Bomba dan Penyelamat KLIA menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 malam. 

    Bomba tiba 15 minit kemudian di tempat kejadian, bagaimanapun mangsa telah berjaya diselamatkan oleh pekerja selenggara terminal bangunan tersebut. 



    Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut. - PIXEL MEDIA

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.