'Tergamak Abang Pukul Saya Kerana Perempuan Sundal Itu?'


Dulu saya, isteri dan anak. Sekarang, isteri dengan anak sudah pergi jauh dari saya. Semuanya saya akui memang silap saya sendiri. 

Isteri saya sangat baik. Dia jaga makan minum saya. Baju saya yang mahal-mahal semua dia cuci guna tangan sebab tak nak baju itu rosak. Kadang-kadang di tengah malam kalau saya lapar, dia mesti turun masak walaupun sudah jam 3 pagi. 

Tetapi isteri saya ini suka naik angin. Saya tahu kalau dia melenting pun sebab dia penat menguruskan anak seorang diri. Kerja di rumah pun dia yang buat semua sebab dia tidak mahu saya berasa penat selepas balik kerja. 

Hal rumah, hal anak memang dia yang urusukan. Selalu dia tak sempat nak mandi sebab jaga anak. Jadi, bila saya balik, badan dia mesti berbau sikit dan kelihatan sememeh saja muka dia. 

Saya bosan bila isteri tidak menjaga penampilannya sangat. Saya cari perempuan untuk suka-suka. Namun banyak kali saya terkantoi dengan isteri. Dia tetap bersabar. 

Bila perkahwinan kami capai usia 5 tahun, isteri minta cerai sebab saya pukul dia dan juga sebab saya terlanjur dengan perempuan lain. Selepas bercerai, isteri dapat kerja di sebuah hotel. Dari situ, penampilannya berubah, lebih lawa dari masa saya mula-mula kenal dia. Anak, dia yang jaga.

Sebenarnya, saya selalu stalk Facebook bekas isteri dan anak menggunakan akaun Facebook palsu. Sejak isteri dan anak tiada, saya selalu rindukan saat bersama mereka berdua. Bekas isteri pandai menjaga anak dengan baik, selalu bawa anak pergi bercuti ke luar negara. 

Perempuan-perempuan yang dulu bersama dengan saya, saya tinggalkan kerana saya rindukan bekas isteri dan anak. Saya benar-benar menyesal sebab tidak menghargai bekas isteri.

Saya pernah ajak bekas isteri bernikah semula sebab saya perlukan mereka dalam hidup saya. Tetapi bekas isteri menolak sebab dia sudah tidak mencintai saya. Anak pun dia tak bagi saya tengok sebab anak takut dengan saya. 

Setiap hari saya buka Facebook untuk melihat mereka berdua. Saya akui saya memang bodoh, memang padan muka saya sebagai mengabaikan harta yang paling bernilai di dalam hidup saya. 


"Abang tahu abang silap sayang, tapi abang betul-betul sudah bertaubat. Andai kata masa itu boleh diulang, abang tidak akan buat semua perkara itu pada sayang. Tolong sampaikan rindu abang pada boy ye sayang. Abang selalu tunggu sayang andai sayang sudi terima abang semula. Abang tahu sayang fobia tertapi percayalah yang abang benar-benar sudah menyesal. Abang sentiasa cintakan sayang," - Mr. S 

No comments

Powered by Blogger.