'Ternyata Aku Pun Kena Tipu'


KUALA LUMPUR - Seorang wanita mendakwa dirinya juga menjadi mangsa penipuan iklan yang disiarkan di televisyen tentang perkakasan produk kuali non stick. 

Alyieen Awek, memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan kuali berjenama Ecoramic, pro diamond frying pan set, buatan Korea itu, tidak berfungsi seperti yang ditunjukkan dalam iklan TV. 

"Ternyata aku pun kena tipu huwaaaa!! Termakan dek iklan Media Shop di TV2, aku pun membeli set Pro Diamond Frying Pan Set dengan harga RM279 kerana goreng telur tanpa minyak, tanpa melekat di kuali. Adoii, apakah? Nak berniaga atau nak melariskan barang, tak perlulah menipu," katanya. 





Perkongsian Alyieen itu dimuat naik pada 29 April lalu, kini mendapat 1,505 perkongsian di Facebook.


Terdahulu, kes yang sama juga turut berlaku pada Paksu Hj Saad, yang mana kuali Coocan buatan Korea dibeli dengan harga RM359, juga tidak berfungsi seperti yang diiklan di televisyen. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.