(Video) Aduh, Dalam Lif Juga Kau 'Melepas'...


HONG KONG - Hilang rasa malu dalam diri seorang wanita ini apabila dia bertindak membuang air kecil di dalam lif.

Tindakan wanita berusia lewat 20'an itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kompleks beli-belah dan tersebar di media sosial, dikecam netizen.


Ekoran itu, pihak berkuasa turut menggunakan rakaman CCTV itu untuk mengesan wanita dan juga rakan lelakinya yang berada dalam lif tersebut.

Berdasarkan video, wanita terbabit tergesa-gesa mengarahkan lelaki yang dipercayai teman lelakinya menutup pintu lif agar dia dapat membuang air kecil. Selesai 'melepaskan hajat' di situ, kedua-dua mereka keluar seperti biasa. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.