(Video) 'I Hate Malay Product Okay!' - Bella


KUALA LUMPUR - Gara-gara produk krim pelangsing badan tidak memberikan hasil seperti yang diinginkan, seorang wanita membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi. 

Bella Nabela, memuat naik video dirinya memberi penjelasan mengapa beliau terpaksa membuat laporan polis tersebut. 

Video berdurasi 1 minit 37 saat itu telah ditonton 212,981 kali dan mendapat 6,054 perkongsian di Facebook.

"The reason why I hate Malay product! Now I dah buat report police! Puas hati I! Bullshitnya Malay Product loll!! Malay product sucks!!," katanya.

Bella mendakwa, produk pelangsing badan itu tidak boleh membakar lemaknya jika tidak mempunyai rasa panas dan perkara itu telah membantutkan usahanya untuk menurunkan berat badan.

"I dah pakai sekali, memang langsung tak rasa panas. I dah minta penjelasan dari ejen jualannya yang bernama Wanie. Namun, dia menjelaskan bahawa produk yang dijualnya itu memang tak panas. 

"Secara logiknya, produk slimming mana yang tak panas? Macam mana nak bakar lemak I? Inilah produk Melayu, sebab itu I tak suka beli produk Melayu. Sebelum ini memang tak pernah cuba produk-produk keluaran Melayu. 

"I bukannya tak ada duit nak pergi buat slimming treatment setakat RM10,000. Apalah sangat bagi I kan? Tetapi disebabkan I nak try produk Melayu, namun sentiasa menghampakan I. 

"Kepada Wanie, I dah buat report polis. Sebab itu I malas nak support produk Melayu ini. I hate Malay product okay!" katanya dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, netizen mengkritik tindakan wanita muda itu yang dilihat cuba memburukkan produk keluaran Melayu. 

"Alahai, kondem produk Melayu yang baru sehari guna. Yang selama ini hakak guna produk bukan Melayu itu tak slim melim pun. Apedaa, janganlah buka air sendiri hakak oi!" kata Faezah. 

"Inilah ciri-ciri orang yang malas bersenam. Nak badan kurus tetapi nak main sapu krim saja. Alahai," kata Zulkarnain. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.