(Video) Jijik! Ludah Dulu Sebelum Jual?


GOMBAK - Video seorang peniaga durian meludah isi durian sebelum dibungkus tersebar di laman sosial cetus rasa loya netizen. 

Video berdurasi 1 minit 48 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook telah ditonton seramai 251,736 orang. 

"Tolong jangan beli durian di Petron Taman Sri Gombak. Rakaman dibuat sebentar tadi, jam 3.30 petang. Sungguh kurang ajar!" katanya. 

Menurut Lonelystone, video itu diperolehinya dari group WhatsApp yang mendakwa kejadian itu berlaku di Taman Sri Gombak berhampiran stesen minyak Petron.

Netizen tidak menafikan bahawa lelaki terbabit berbuat demikian, mungkin mahu 'melariskan' jualan duriannya kepada orang ramai sehingga tergamak menggunakan taktik kotor itu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.