Warga Emas Tawar 'Kerang' Pada Polis Didenda RM500


KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita warga emas yang menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis pada Rabu lalu mengundang padah apabila dia dikenakan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret.

Norbibah Shamsudin, 60, diperintahkan oleh Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid dipenjara selama 10 hari jika gagal membayar denda RM500 tersebut, lapor Bernama.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh yang tidak bekerja itu didakwa telah menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan kepada anggota polis terbabit di hadapan kedai buah di Jalan Sultan, Dang Wangi, pada jam 8.50 malam, 18 Mei yang lalu. 

Tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam ini memohon mahkamah meringankan lagi hukumannya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.