Zakar Membusuk Selepas Pakai Seluar Dalam Diracun Isteri


CHINA - Seorang lelaki di Hangzhou terkejut apabila mendapati zakarnya membusuk kerana dia memakai seluar dalam yang telah direndam dalam racun. 

Difahamkan lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Zhang, berusia lingkungan 50-an berkata, dia telah bertengkar dengan isterinya baru-baru ini. 

Siasatan awal pihak polis mendapati, isteri mangsa telah merendam seluar dalam milik mangsa dalam racun dan mengeringkannya di bawah cahaya matahari sebelum diserahkan kepada mangsa untuk dipakai semasa perkahwinan anak perempuan mereka.

Zhang hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila kemaluannya mula membusuk dan mangsa mengalami kesukaran bernafas selepas beberapa hari. 

Apabila mangsa mendapatkan rawatan di hospital, mangsa dimaklumkan bahawa dia telah diracun. 

Zhang bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan selama 3 minggu, termasuk dua minggu tinggal di Unit Rawatan Rapi. 

Polis telah menahan isteri mangsa untuk siasatan lanjut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.