'Zawara Coffee Biadab, Delete Komen Saya!'


Ini kisah saya menagih simpati, semoga sahabat handai sudi membaca. 

Tanggal 24 April 2016, saya dan kawan comolot sampai mati pergi breakfast di Zawara Coffee di Ayer 8 Putrajaya. 

Petang kemudiannya, saya telah 'diserang' cherry berry yang amat mengagumkan. Bila saya siasat balik apa yang saya makan dari tengah hari semalamnya hinggalah tengah hari itu, saya berkesimpulan, semburan tahi yang keji itu berpunca daripada Teddy Bear Milkyshake oleh Zawara Coffee. 

Keputusan ini dicapai kerana semua makanan yang saya makan pun dikongsi dengan orang lain kecuali milkshake tersebut dan saya seorang sahaja yang terlebih bertuah terkena sumpahan tandas itu. 

Lalu saya pun meninggalkan review di laman Instagram Zawara Coffee (rujuk gambar) dengan harap mereka akan memperbaiki kualiti makanan pada masa hadapan. Tak hingin pun mereka bayar balik atau bagi baucar seumpamanya sebab memang hati dah tawar nak ke Zawara Coffee lagi. 







Makanan yang saya beli di Zawara Coffee pada pagi itu memang kurang sedap dan overpriced. Tetapi bab itu, tak kisahlah, selera orang lain-lain.

Entah kenapa tergerak hati ini nak screen capture komen yang saya tulis di Instagram Zawara Coffee. Beberapa jam kemudian saya periksa lagi, Zawara Coffee telah membuang komen saya. Bukan itu sahaja, mereka juga telah menyekat saya di laman Instagram mereka.

Syabas beta! Mereka langsung tidak memberikan respon. Tiada sebarang jawapan balas, tiada Direct Message. Selamba katak Zawara Coffee delete feedback customer. Patutlah semua komen-komen di page Zawara Coffee lawa-lawa bak rainbows and unicorns. 
  1. Peniaga jenis apa yang tak boleh terima feedback?
  2. Kalau Zawara Coffee delete semua komen negatif, itu dah menipu customer lain sebab Zawara Coffee menggambarkan seolah-olah mereka perfect, namun realitinya tidak begitu.
  3. Zawara Coffee cuba menggambarkan jenamanya seperti Islamic sangat. Islamic ke kalau dah tak jujur seperti ini? 
  4. Entah berapa banyak lagi komen yang Zawara Coffee dah delete.
  5. Saya marah dan kecewa bukan sebab makanan Zawara Coffee tak sedap, mahal dan menyebabkan saya cirit birit. Saya marah dan kecewa sebab Zawara Coffee biadab, ego dan memandang rendah pada pelanggan. 
Jadi, ini adalah pilihan terakhir saya. Saya tahu saya ini pun bukanlah orang popular yang boleh buat benda ini sampai viral. Kawan di Facebook pun baru 300 orang saja. Padahal orang lain beribu kau. 

RESPON TERKINI: Kemukakan Bukti Bil Perubatan & Kami Akan Tanggung - Zawara Coffee

Tapi kalau kawan-kawan sudi, tolonglah kongsi cerita ini atau tag Zawara Coffee. Saya mahu mereka tahu bahawa pelanggan perlu dilayan dengan betul. Kalau dah terbuat silap, ambil maklum dan perbaiki apa yang kurang. Bukannya buat bodoh saja. Kita cuma mahu orang yang berniaga ini biar ikhlas, tulis dari atas sampai ke bawah. Bukan takat dok buat best di social media sahaja.

No worries, dubur saya telah pun kembali sihat selepas dua hari. Tetapi hati masih terluka, mengalir darah bernanah kerana diperkotak-katikkan sebegini rupa. - Dayah Mazlan | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.