'6 Bulan Saya Hasilkan Koleksi Ini, Tak Mungkin Tak Berkualiti' - Che Ta


Setelah 17 hari isu kualiti koleksi baju raya Che Ta yang dikeluarkan oleh Tesco, akhirnya beliau tampil membidas dakwaan individu terbabit. 


Lapor Astro Gempak, Rozita Che Wan menegaskan bahawa rekaan koleksi itu datang dari ideanya sendiri. Selain berharap pembeli merasa cantik apabila memakainya, beliau turut mengingatkan orang ramai agar peka dengan saiz baju yang dipakai. 

"Bila ambil saiz yang salah, jadi bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pasti nampak serba tak kena. Saya ambil masa 6 bulan untuk menghasilkan koleksi ini. Tak mungkin saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barangan tanpa memikirkan kualitinya terlebih dahulu. 

"Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk," katanya. 

Bagaimanapun netizen mempertikaikan bukan saiz yang menjadi pertikaian mereka tetapi kualiti kain yang tak ubah seperti kain guni. 

"Yo la tu ambil masa 6 bulan buat koleksi. Bukan kau cedok idea-idea orang lain ke design baju itu? Bila orang complaint kain tak ada kualiti, boleh pula cakap pasal saiz salah," kata Meiya Loya.

Apa-apa pun terpulanglah kepada pelanggan untuk membeli. Che Ta pun sudah memberikan penjelasan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.