76% Graduan Politeknik Laris Di Pasaran Kerja, Siapa Kata Student Poli Low Class?


Tadi aku terbaca satu link yang bertajuk 'Orang dah tak pandang student Politeknik'. Jadi aku nak kupa sikit mengenai isu ini. 

"Dapat poli je? Kenapa result SPM banyak A boleh dapat poli je? Confirm ke nak masuk poli? Nanti susah nak sambung degree tau?" dan banyak lagi stigma masyarakat terhadap Institusi Politeknik. 

Kenapa eh? Kurang bijak sangat ke student Poli? Kenapa perlu memandang rendah pada Politeknik? 


Aku nak kongsi kelebihan belajar di Politeknik yang aku tahu dan berdasarkan beberapa info yang aku perolehi dari Google. 

1. Yuran Politeknik, yuran IPT yang paling murah aku rasa. Yuran pengajian RM200 setiap sem. Yuran koperasi pula bergantung pada Poli. Paling maksima pun aku rasa RM150. Jadi, satu sem hanya RM350! Mana nak dapat yuran IPT yang murah seperti ini?

2. Kalau exam, agak mudah nak score sebab 50% dari penilaian berterusan seperti kuiz, test, tutorial, assignment dan lagi 50% diambil dari markah final exam. Agak senang nak score berbanding uni. Itu pun kalau korang study. Diulangi,

"KALAU STUDY!"

3. Siapa kata student Politeknik susah nak dapat kerja? Kajian yang aku baca mengatakan, sebanyak 76% graduan Politeknik laris dan cepat laku di pasaran kerja. Korang boleh baca suratkhabar Harian Metro, bertarikh 26 Disember 2013. 

Aku buktikan diri aku sendiri. Habis study bulan April 2014, dapat interview di SPA pada bulan Julai. Alhamdulillah pada bulan Oktober, aku dilantik dalam perkhidmatan awam atas jawatan yang memang berkaitan dengan apa yang aku belajar semasa berada di Politeknik. Sekarang, dah hampir dua tahun aku berkhidmat dalam sektor kerajaan.

4. Student Politeknik akan ada latihan industri selama satu sem yang mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan yang sebenar. Untung kalau korang baik dengan company, boleh dapat kerja dengan mereka semula bila tamat belajar. 



5. Graduan Politeknik susah nak further degree ke universiti? Aku rasa tidak. Ramai saja senior aku, kawan-kawan aku yang tengah further degree sekarang. Malahan aku sendiri mendapat tawaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Tetapi aku terpaksa menolak kerana aku memilih untuk melapor diri untuk sertai sektor perkhidmatan awam. 

Dan banyak lagi kelebihan belajar di Politeknik. Memang tidak dinafikan mentaliti seperti itu ada pada setiap orang termasuklah diri aku sendiri sebelum 'mengenal' Politeknik. Aku tak letak pun Politeknik sebagai pilihan utama. Otak sudah tetapkan awal-awal nak masuk ke universiti sebab keputusan SPM aku memperolehi 6A. Boleh dikatakan gempak jugalah kan.

Tetapi apalah sangat dengan universiti itu. Jangan hanya pada nama dan taraf sesebuah institusi sahaja. Apa guna kalau belajarnya pun ke laut, berfikiran masuk ke dalam gaung. 

Politeknik sekarang sudah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan IPT yang lain. Ingat, sekiranya kita berada di universiti awam, tetapi gagal membina jati diri yang baik, apakah itu satu kejayaan? 

Apakah universiti awam yang lain boleh menjamin kejayaan 100%? Jawapannya adalah tidak. Begitu juga dengan Politeknik yang tidak menjanjikan kejayaan 100% tetapi kajian telah membuktikan bahawa graduan Politeknik sememangnya laris di pasaran melebihi IPT yang lain. 

Belajarlah di mana-mana pun sebenarnya adalah sama. Mahu atau tidak sahaja untuk berjaya dalam bidang yang dipelajari. 

Saya Firdaus, Graduan Diploma in Business Studies, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Dan saya bangga menjadi graduan Politeknik! - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.