8 Cedera Dalam Letupan Bom Tangan Di Pusat Hiburan


PUCHONG - Empat lelaki dan empat wanita cedera dalam letupan di sebuah pusat hiburan, awal pagi tadi. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, letupan itu berpunca dari bom tangan yang dipercayai dibaling oleh individu di depan pusat hiburan di IOI Boulevard menyebabkan 8 cedera termasuk seorang parah. 

Difahamkan, ketika kejadian pada jam 2.50 pagi, kelab itu dikunjungi orang ramai yang sedang menyaksikan perlawanan pusingan kalah mati Itali menentang Sepanyol, Euro 2016. 

"Polis akan menyiasat segala kemungkinan sama ada persaingan perniagaan, dendam mahupun individu tertentu yang berniat melakukan perbuatan itu," katanya. 






Menurut seorang pekerja pusat hiburan yang enggan mendedahkan namanya mendakwa ternampak dua lelaki yang tidak dikenali membaling dua objek yang dipercayai bom petrol sebelum berlakunya letupan itu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.