'Aku Rela Jadi Lone Ranger Dari Ada Kawan² Macam Sampah!'


Bagi aku, kawan sekarang hanya menumpang kesenangan. Cari bila susah dan campak bila senang. Kenapa aku cakap begitu? Sebabnya ada di bawah:

Aku naik motosikal di universiti sejak tahun pertama lagi. Senang nak ulang alik ke kelas dan pergi kerja part time. Aku kerja part time di Starbucks. 

Satu malam, nasib aku tak berapa baik yang mana tayar motosikal aku pancit waktu nak balik di kawasan berdekatan dengan Alamanda, Putrajaya, jam 11.30 malam. 

Apa lagi? Aku call lah kawan sekelas, kawan sekolej, kawan yang belajar dengan aku waktu nak final exam dan kawan semasa aku buat LAX. Tetapi, aku sangat-sangat kecewa. Tiada seorang pun yang boleh menolong aku atau datang mengambil aku pada waktu itu. 

Malam-malam, aku rasa tak ada dah servis tukar tiub. Lagipun, aku baru tahun pertama, tak tahu lagi selok belok di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ini. Tambahan pula aku orang Johor. 

Aku call kawan tetapi mereka beri alasan nak main PES (Pro Evolution Soccer Game), tengah lepak di kedai mamaklah, tengah OTP lah, nak tidurlah. Habis? Aku tidur di tepi jalan? Macam tu? 

Apa lagi, terpaksalah aku heret motosikal macam orang gila di waktu malam. Ada saja yang lalu di situ, aku melambai-lambai tetapi mereka buat tak tahu. Sakitnya hati. 

Alhamdulillah, sampai berhampiran Hospital Serdang. Ada seorang abang ini, bagi aku tumpang kereta dia. Tamatlah 'larian kampus' aku pada malam itu. Aku tinggalkan motosikal di situ, esoknya baru pergi check semula. 

Jadi, mana kawan-kawan yang aku 'sanjung' sangat-sangat selama ini? Kalau setakat minta tolong macam itu pun dah tak boleh. Brotherhoodlah, apalah. Mana? 

Sekarang aku dah final year. Dari first year sampai final year, aku minta maaf kalau aku tak balas WhatsApp, angkat call, tak bercakap dengan korang di kelas sebab aku dah tak anggap korang sebagai kawan lagi. Aku rela menjadi Lone Ranger dari ada kawan-kawan yang macam sampah. 

Aku boleh move on tanpa ada kawan-kawan sampah. Aku repeat, SAMPAH. 

Kalau kau kawan aku, kau takkan biarkan aku malam itu. Aku dah jarang lepak sekali, aku hanya ada mak ayah, adik beradik saja yang boleh diharapkan. Kawan kalau beribu pun tak boleh minta tolong waktu susah, tak guna juga. Sekian. - Putra Confessions | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.