Ammar Buang Gelaran 'Imam Muda' & Mohon Maaf


KUALA LUMPUR - Gara-gara memuat naik kenyataan yang tidak cerdik tentang vaksin di laman Facebook, Imam Muda Ammar, dikecam netizen.

"1 kes budak yang tak vaksin, maut lalu diribut-ributkan. Oh, ingatkan 90%. Rupa-rupanya 1% pun tak sampai. Tak tahu pula Malaikat Maut tak cabut nyawa budak yang vaksin. Dan tak tahu pula budak yang vaksin dapat extra nyawa. Untunglaa. 

"Ada tak vaksin selamat daripada kemalangan jalan raya? Jangan marah, tanya saja. Kalau ada PM ye," katanya. 



Bukan sahaja dikecam netizen, malah kenyataan Ammar itu turut menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, yang kecewa dengan tindakan 'tidak cerdik' individu terbabit. 

"It is this kind of irresponsible posting in social media led by someone riding on religion calling himself Imam Muda deviating from the true teaching of Islam. What a shamful act," katanya. 

Menurut Imam Muda Fakhrul, Ammar juga telah keluar dari group WhatsApp mereka, bilamana kenyataannya itu tersebar meluas di laman sosial sehingga memaksanya 'meletak jawatan' sebagai Imam Muda. 


"Ada dengar-dengar juga semalam. Tetapi tak ambil port sangat. Tetapi bila malam tadi dia left group kami sambil sempat bergurau meletakkan jawatan sebagai Imam Muda (walaupun bukan jawatan pun). Tanda dia cukup menyesal dan tertekan dengan isu ini," katanya. 

Facebook 'Imam Muda Ammar' juga telah dibuang. Namun, beliau tampil dengan Facebook 'Hamba Berdosa' bagi menjelaskan lebih lanjut.

"Sekali lagi saya ingin memohon maaf di atas status sebelum ini yang mengundang kemarahan ramai. Saya telah pun memohon maaf secara terbuka namun saya merasakan permohonan maaf saja tidak cukup. Saya merasakan perlunya penjelasan dibuat bagi menjernihkan ketelanjuran dan silap faham yang berlaku. 

1. Saya memohon maaf kepada semua.

2. Status tentang vaksin yang agak kasar itu sepatutnya tidak ditulis. Sebenarnya ia adalah tindakan daripada statement seseorang di Facebook yang terlalu menyalahkan ibu bapa yang melarang anak mereka daripada divaksin. Sehingga tulisan itu seolah-olah melebih-lebihkan kuasa vaksin daripada kuasa Allah swt. Di sini ada beberapa penjelasan:

a) Tulisan sindiran itu timbul daripada perasaan marah kerana tulisan seseorang yang saya baca di Facebook yang mana tulisan itu seolah-olah menafikan kuasa Allah swt. Vaksin adalah asbab dan perantara tetapi segalanya berlaku dengan izin Allah swt. Apakah saya tidak merasa marah apabila seseorang itu mengatakan ada sesuatu yang lebih hebat daripada kuasa dan takdir Allah swt? Tetapi tidaklah kita perlu meninggalkan asbab dan perantara, kapal ingin berlayar perlukan air. Jadi, adakah saya anti vaksin? 

b0 Saya berpandangan terbuka dalam masalah vaksin kerana mendapati ramai yang menggalakkan penggunaan vaksin seperti doktor hospital dan ramai juga yang tidak mahu langsung menggunakan vaksin seperti Pengamal Perubatan Alternatif sebahagiannya. Sejak isu ini viral, ramai rakan-rakan menghantar mesej kepada saya secara personal yang menyatakan sokongan mereka kepada saya. 

Bagi saya pula, saya bukanlah anti vaksin. Demi Allah, saya membiarkan anak saya diberikan suntikan vaksin selepas kelahiran. Kalau saya anti vaksin, mana mungkin saya membiarkan anak saya disuntik vaksin? Dan saya menyarankan kepada ibu bapa agar berbincang dengan para doktor dan pakar yang terbaik untuk anak mereka kerana mereka lebih arif. 

Tambahan pula, Fatwa telah mengharuskan dan menggalakkan vaksin. Mana mungkin saya lebih arif dari doktor dan mufti? Mungkin ada yang mempersoalkan post saya sebelum ini (agak lama dahulu) di Instagram yang mana saya telah memuat naik gambar yang dipetik daripada buku tulisan Jerry D. Gray dalam buku bertajuk Trust No One. Penulis telah menulis lebih daripada 50 muka surat berkaitan bahayanya vaksin. Post itu bertujuan ingin mendapatkan respon masyarakat tentang perkara yang ditulis serta jawpaan daripada dakwaan penulis akan bahayanya vaksin. 

Tambahan pula, ramai saudara mara saya yang turut menjadi rakan Facebook dan Instagram adalah di kalangan doktor. Ianya seperti mana anda share status saya sebelum ini bukannya bertujuan untuk setuju dengan status saya tetapi share tanda tidak setuju dan supaya saya dihentam. Post itu bertujuan mendapatkan respon daripada pakar yang terdapat dalam Facebook dan Instagram saya. 

Jika benar dakwaan Jerry D. Gray itu yang mengatakan vaksin adalah berbahaya, maka seharusnya kerajaan Malaysia menyekat kemasukkan buku-buku tulisan beliau kerana menimbullkan kekeliruan. 

Jadi tulis itu sebenarnya disebabkan rasa marah saya kerana seseorang Muslim menafikan kuasa Allah swt. Bukannya kerana anti vaksin. Apabila menulis dalam keadaan marah, maka tulisan saya menjadi agak keterlaluan dan jauh dari maksudnya yang sebenar. 

Jadi untuk kesekian kalinya saya meminta maaf. Saya sedar yang tulisan itu tidaklah maksud sebenar yang dimaksudkan tetapi sebaliknya. 

3. Saya bukanlah doktor atau mufti. Rujuklah pada pakar perubatan anda.

4. Atas nasihat anda, saya telah buang gelaran Imam Muda. Jadi jangan libatkan Imam Muda yang lain. Saya hanyalah hamba berdosa. 

5. Setiap manusia sering melakukan kesilapan. Jadi maafkan saya. 

6. Saya bukan anti vaksin tetapi saya anti ucapan yang menafikan kuasa Allah. 

7. Mungkin saya perlu menghadiri kelas bahasa agar lebih tepat kepada maksud yang disampaikan. 

8. Anda boleh PM saya jika perlu kita berbincang dengan harmoni. 

9. Maaf sekali lagi. 

No comments

Powered by Blogger.