'Anak Aku Vaksin, Kenapa Nak Takut Dengan Anak Orang Lain Yang Tak Vaksin?'


Aku bukanlah doktor, jauh sekali bekas penyanyi nasyid. Tetapi arwah abah aku dulu kerja pembantu perubatan yang orang kampung panggil sebagai deressa, dan mak aku kerja jururawat. Jadi aku fahamlah sikit mengapa vaksin ini perlu. Lagi pun, masa kecil dulu aku pun ada ambil vaksin. 

Aku tengok orang yang anti vaksin ini memang susah kita nak pujuk. Degil diorang 'lain macam'. Jadi mungkin ini pilihan mereka. Yalah, pilihan di tangan masing-masing kan? 

Cumanya kalau anak kau tak diberi vaksin dan hanya makan habbatus sauda, eloklah simpan dia elok-elok di rumah. Jangan hantar ke nursery dan jangan bawa ke playground. Kalau nak keluar juga, jauhkan dari anak-anak orang lain. 

"Apa? Anak aku vaksin, jadi pasal apa aku nak takut dengan anak kau yang tak vaksin?"

Ini yang kita selalu ingat tentang konsep vaksin ini, kalau ada vaksin gerenti kebal. 

Salah, yang betulnyanya tentang vaksin ialah kita nak mencapai herd immunity. Herd immunity ini lebih kurang seperti fardhu kifayah dalam agama. Sebahagian besar orang buat untuk menjaga kepentingan seluruh masyarakat.


Herd immunity ini ialah bila majoriti diberikan vaksin, mereka bertindak melindungi manoriti yang tidak diberikan vaksin dari penyakit berjangkit. Lagi tinggi peratusan yang kena vaksin, lagi bagus. Tetapi dalam populasi yang rendah kadar vaksin, penyakit mudah merebak kerana ramai individu yang boleh dijangkiti. 

Sekarang dalam kalangan anak yang tidak menerima vaksin, tak semuanya berpunca kerana mak bapak anti vaksin dan suap anak dengan habbatus sauda. Ada anak yang tidak dapat menerima vaksin atas kemiskinan, bukan anak warganegara atau mungkin mak bapak sendiri tidak ambil tahu tentang faktor pendidikan dan sebagainya. 

Lebih kritikal lagi, ada pula anak yang mempunyai alahan serius terhadap vaksin atau bahan tertentu yang terkandung dalam vaksin. Untuk kes ini, mereka dikecualikan dari menerima vaksin dan satu-satunya perlindungan mereka dari penyakit ialah mempunyai sejumlah besar anak-anak lain yang diberikan vaksin dalam populasi tersebut. 

Tetapi kini mereka ini terdedah kepada jangkitan penyakit yang mungkin datang dari anak mak bapak anti vaksin. Di situ kau dah musnahkan konsep herd immunity tadi atau fardhu kifayah versi vaksin. 

Sebab itu seperti di negara Australia, ada polisi 'no jab, no play'. Anak kau tak cucuk vaksin, jangan bawa bergaul dengan anak orang lain. Simpan elok-elok di rumah dan bersarkan mengikut sunnah anda. 

Aku rasa Malaysia pun sudah tiba masanya buat peraturan yang sama. Nak hantar anak ke nursery, cucuk dulu. Nak masuk sekolah? Cucuk dulu. Tak nak buat semua itu, kau jaga dan sekolahkan anak kau sendiri di rumah. - Lucius MaximusPIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.