'Anak Bayarlah Ikut Suka, Seringgit, 2 Ringgit, Terpulang'


Semalam sebelum berbuka di Murni Kelana Jaya, aku saja pergi jalan di Bazaar Ramadhan SS6 KJ (belakang flat polis). Memang meriahlah. Aku tawaf dari depan sampai ke gerai yang paling hujung. Dapatlah beli rojak buah dengan skewer chicken 2 cucuk.

Semasa nak patah balik ke Murni, aku lalu satu gerai milik seorang pakcik ini yang jual banyak lauk. Kebanyakkannya lauk ikan. Memang ramai sangat orang. Aku pun jenguklah tengok lauk pauk apa yang ada. Ada siakap 3 rasa, ketam masak merah, ikan sweet sour dan bermacam-macam lagi lauk yang ada.

Selepas itu, aku terdengar ada seorang lelaki ini bertanya, "Pakcik, harga ikan ini berapa?" soalnya sambil menunjuk ke arah ikan siakap 3 rasa yang saiz sebesar lengan. 

Tahu apa pakcik itu jawab?

"Anak bayarlah ikut suka anak, seringgit ke, dua ringgit ke, terpulang," katanya.

Tercenggang semua pelanggan yang berada di situ. Kemudian lelaki itu bertanya lagi, "Boleh ke pakcik?" 

"Apa pula tak boleh? Dengan izin Allah semua boleh. Pakcik yakin dengan rezeki Allah," katanya sambil membungkus ikan siakap 3 rasa tersebut. 

Ya, yakin dan percaya. Selamat berbuka. 

P/s: Pakcik itu pakai baju berwarna putih, bertopi hitam. - Ammar Rahimi Anwar | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.