Berang Dengan Suami, Ibu Campak Anak Dari Tingkat 7


CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun dicampak oleh ibunya sendiri dari tingkat 7, kediaman mereka, Selasa lalu. 

Dalam kejadian di daerah Hong'an itu, wanita terbabit bertengkar dengan suaminya melalui telefon sebelum gagal mengawal kemarahan lalu mencampak anaknya keluar dari tingkap rumah. 

Lapor News Grio, mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di tingkat bawah. Menurut bapa saudaranya, mangsa mengalami keretakan di bahagian tulang tangan kanan dan juga tempurung kepalanya selain mengalami kerosakan organ dalaman.

Pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian juga turut terkejut melihat keadaan mangsa dan segera menghantar mangsa ke Hospital Tongji. 

Mangsa dilaporkan selamat dan sedang menerima rawatan intensif.

Bapa mangsa, 53, bekerja di sebuah kilang di wilayah Guangdong, selatan China, telah mendirikan rumah tangga dengan isterinya sejak tiga tahun lalu. Mereka membeli sebuah rumah pangsapuri di kawasan perumahan mampu milik.

Perkahwinan itu merupakan perkahwinan yang kedua wanita berkenaan. 

Oleh kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, lelaki itu terpaksa berhijrah ke Guangdong untuk mencari pekerjaan. 



Difahamkan, sebelum kejadian malang yang menimpa kanak-kanak itu, pasangan berkenaan bertengkar melalui telefon dan suami mahu menceraikannya.

Jam 7 malam, si suami menerima panggilan telefon dari seorang jirannya yang memberitahunya mengenai kejadian yang menimpa anak lelakinya. Bagaimanapun, lelaki itu tidak menyalahkan isterinya kerana dia lebih bimbang akan keselamatan si kecil itu. 

Mangsa dilaporkan selamat dan sedang menerima rawatan susulan. Polis telah menahan ibu mangsa untuk siasatan lanjut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.