Berang Penerbangan Ditunda, Pelancong Cina Dakwa Ada Bom Dalam Bagasi


TAIWAN - Seorang pelancong Cina yang berang penerbangannya ditundakan bertindak bodoh dengan mendakwa di dalam bagasinya terdapat bom.

Yu, 27, antara 30,000 penumpang lain yang turut terkandas di utara Taiwan, berikutan keadaan ribut dan hujan lebat di lapangan terbang utama Taiwan, Lapangan Terbang Antarabangsa, Taipei. 

Difahamkan, penerbangan Yu, Air China CA-186 sepatutnya berlepas pada Khamis lalu ditunda sehingga pagi Jumaat, terpaksa menunggu berikutan masalah cuaca berkenaan, bertindak mendakwa terdapat bom di dalam bagasinya. 

Polis lapangan terbang menerima aduan itu pada jam 10:20 pagi terpaksa menundakan penerbangan berkenaan untuk mencari bom di dalam bagasinya. 

Enggan mengambil sebarang risiko, kapten pesawat terpaksa mengarahkan para penumpangnya melalui pemeriksaan keselamatan termasuk bagasi mereka. 

Yu kemudian ditahan dan disoal siasat polis berhubung dakwaannya itu. 

Sementara itu, pesawat berkenaan telah ditunda ke tempat yang selamat dan unit pemusnah bom telah dikerahkan untuk melakukan pemeriksaan terhadap pesawat berkenaan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.