Besarnya Cacing Tanah Ini!


ECUADOR - Sekumpulan saintis berjaya menemui seekor cacing tanah yang memiliki saiz luar biasa, ketika dalam perjalanan ke pameran sains di Ecuador.

Cacing tanah tersebut dikesan cuba melintas jalan di hadapan ahli Entomologi (pakar kehidupan serangga), Phil Torres. 

Teruja dengan penemuan itu, mereka segera menangkap cacing terbabit dan memeriksanya dengan lebih lanjut, sebelum memuat naik video penemuan itu di channel YouTube, The Jungle Diaries.


Hasil pemeriksaan mendapati, cacing tanah berkenaan berukuran 4 kaki panjang dan mampu memanjangkan lagi badannya sehingga 7 kaki.

Bagi menunjukkan saiz sebenar makhluk berkenaan, Torres meletakkan cacing itu di sebelah iPhone miliknya. Ternyata saiznya amat besar dan 'mengelikan' selain dari warnanya yang agak luar biasa.





Torres juga menunjukkan bulu yang dipanggil sebagai setae di bahagian bawah badan cacing tersebut. Yang berfungsi untuk membantu dan mengawal pergerakannya melalui tanah. Tanpa setae, cacing itu tidak dapat bergerak ke mana-mana.

Torres kemudian melepaskan kembali cacing itu sebelum meneruskan perjalanannya ke destinasi. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.