Boleh Tak Jangan Buat Loyar Buruk Dengan Waiter?

Gambar hiasan sahaja | GOOGLE IMAGES

Mungkin ada yang tidak tahu. Tetapi kalau pergi mana-mana kedai makan, bila waiter tanya, "Minum apa, bang?", jawapan yang sebenar adalah nama air pilihan kita. 

Sirap, laicikang, jus, katira, apa-apa sahaja yang ada dalam menu atau apa yang tinggal dari menu itu sendiri. 

Sebab masih ramai lagi yang menjawab, "Air semayang" atau "air lebiyu" atau "airmu mengalir dari gunung jauh nun di sana". Tak apa, mungkin memang tak tahu yang bila waiter tanya, soalan dia terbatas kepada pilihan yang ada dalam kedai sahaja. Jadi, tak mengapa. 

Mewakili para waiter sedunia, dengan pengalaman kedai makan keluarga lebih sedekad, izinkan aku beritahu dengan cara paling aman:

"Save your jokes. You are being disrespectful."

Orang itu tengah kerja, tukang masak di belakang nak cepat. Ada orang nak table kau. Boss orang itu dah menjeling-jeling kenapa waiter dia lembab dan macam-macam perkara yang boleh menjadi sebab. 

Kita pula sibuk nak orang melayan jenaka kita. It is funny, yes pada pertama kali kami mendengarnya beberapa tahun dulu. Sekarang? Langsung tidak.

Waktu peak hour seperti lunch dan dinner, sebab di waktu ini pelanggan lapar. Kalau waiter lambat walaupun disebabkan kau, waiter itu yang akan kena marah. itu pun lepas dia maki manager. Tahu-tahu sajalah bila manager dah kena marah oleh pelanggan. Habislah tunggang terbalik meeting malam ini. 

What I am saying is, be nice, be thoughtful. Ada banyak cara nak make others feel good.

1. Waktu bayar, cakap "Good service, guys"
2. Waktu mereka lap meja, "Thank you"
3. Waktu mereka kemas pinggan kita, kita bantu. 

Bukan tak boleh melawak tetapi faktanya ialah, bukan semua orang tak kelakar tahu yang dia tak kelakar. You end up making offensive remarks and jokes yang buat orang rasa tak selesa and worse, kecil hati. 

Kita nak sangat impress kawan-kawan kita. Nak kawan nampak kita kelakar. Cuba mak ayah dengar kita buat loyar buruk di kedai makan, tak ke kena sound,

"Kau kenapa, long? Entah apa-apa,"

Unless keluarga kita pun memang tak pernah nampak perangai loyar buruk ini biadalah. Payah juga tu, hahaha! 

Entahlah, sebab sendiri pernah mengalami karenah mamat-mamat dan awek-awek rasa tokan di kedai makan yang rasa kena shine setiap masa. Aku rasa kena cakap juga pasal ini. 

Waiter, walau gaji kecil, walau belajar tak tinggi, dia bekerja. Jangan buat main kat orang. Adab, itu asas. - Fynn Jamal | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.