'Bridesmaids, Janganlah Make Up Over Dari Pengantin'

Gambar Hiasan Sahaja | Google Images

Kita sebagai bridesmaids, janganlah over sangat dari segi make up. Kasihan pengantin. Dia kan kawan baik korang kan? Sebab itulah korang jadi bridesmaids dia. Sampai tenggelam dia di majlis perkahwinannya. 

Awak tu dahlah cantik berkali-kali jauh dari pengantin yang hanya rupa biasa-biasa sahaja. Sehabis daya muka dimake up sekali pun, tak akan dapat menandingi orang yang mukanya memang sedia ada cantik. 

Kasihanilah kawan kita yang kahwin itu. Apa perasaan awak jika kawan-kawan yang lebih cantik dan bergaya pada majlis kita sendiri nanti? Sampai photographer pun dok seronok shoot gambar bridesmaids. cukuplah sekadar make up yang simple. 

Ini tidak, sampai ada mua lain make up pula? Gincu merah pula tu. Baju? Perghh! Cantik. Ini buat saya sedih tengok. Pengantin tersipu-sipu, sudahlah dia pun tak nak make up tebal, nak nipis-nipis sahaja. Bulu mata pun tak nak, tiba-tiba bridesmaids pakai gincu merah mak ngah. Macam bertanding pula bridesmaids mana yang paling gojes, dok selfie-selfie. 

Kita kan kawan pengantin, jadilah sebagai kawan membantu pengantin menjadi cantik dan berseri. Bukannya menenggelamkan kawan baik kita itu. Kasihan, itu majlis perkahwinan kawan baik kita. Tak nak tengok dia bahagia pada majlis dia ke? 

Tak setuju tak apa, ini hanya pendapat saya sahaja. Nak make up sendiri atau dengan mua, tak apa. Cuma janganlah over sangat, itu saja. 

Teringat masa perkahwinan sahabat baik, saya yang memang mak andam ini pun just pakai lipbalm dan bedak biasa sahaja. Saya nak sahabat saya rasa dialah yang paling cantik di dunia pada hari itu walaupun untuk sementara. 

Saya tiada niat mahu menguris hati sesiapa pun ye. Pendapat saya sahaja. - Nurul Insyirah Full | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.