Budak 2 Tahun Dipijak Ibu Kandung Sehingga Mati


Kisah seorang kanak-kanak, Mohamad Daniel Mohamad Nasser, berusia 2 tahun mati didera menjadi topik hangat di Singapura. 

Daniel maut akibat menjadi mangsa deraan ibu kandung bersama teman lelakinya, yang hampir setiap hari menjadikan tubuh kecil arwah sebagai tempat untuk melepaskan kemarahan. 

Prosiding mahkamah mendedahkan, hampir setiap hari Daniel didera secara melampau termasuk ditendang, ditampar, dada dan perutnya juga dipijak selain dipaksa berdiri berjam-jam lamanya sembil meletakkan kedua-dua tangan di atas kepala dengan hanya memakai lampin. Lebih kejam lagi, si ibu dan teman lelakinya turut memaksa mangsa memakan cili kering. 

Perbuatan kejam pasangan ini terbongkar selepas Daniel akhirnya menghembuskan nafas terakhir akibat teruk didera selama lebih 5 minggu, pada 23 November 2015. Pasangan itu bersama seorang bayi mereka yang berusia 1 tahun dan Daniel, anak lelaki Zaidah dari hubungan sebelumnya dengan lelaki lain tinggal di flat satu bilik yang disewa di Telok Blangah bersama dua lagi penghuni lain yang turut menjadi saksi terhadap perbuatan kejam mereka itu. 

Berikut antara kejadian dera yang menimpa Daniel direkodkan:

18 NOVEMBER 2015

Daniel tertidur ketika berdiri dengan tangannya di atas kepala. Melihat keadaannya, Zaidah menampar muka dan dada Daniel hingga mengalir darah dari mulut untuk mengejutkannya dari tidur. 

Apabila Daniel terjatuh ke lantai, Zaidah kemudiannya memintal kedua-dua tangan anaknya itu dan memijaknya. Daniel kemudian diangkat ke tandas untuk ditukar lampinnya sebelum dipaksa berdiri semula dengan tangannya diletakkan di atas kepala.

22 NOVEMBER 2015

Sehari sebelum kematian, Daniel didera selama berjam-jam lamanya. Sekitar jam 10 pagi, apabila Daniel enggan makan sarapan, Zaidah telah menamparnya. Dia memberikan mangkuk sarapan itu kepada Zaini, teman lelakinya untuk cuba memberi Daniel makan. 

Apabila mangsa tetap enggan makan, Zaidah dan Zaini menamparnya beberapa kali. Zaidah juga turut memukul bahagian belakang Daniel sehingga mangsa terjatuh ke lantai. 

Apabila Daniel tidak bangun dari lantai, wanita itu memijak dada anaknya sebelum menarik lengan mangsa. Daniel hanya mampu berbaring di atas lantai dengan mata tertutup. Zaini kemudian membawa Daniel ke dapur dan memaksanya makan dua sudu cili kering sebelum dipaksa terus berdiri di ruang tamu.

Sekitar jam 8.45 malam, Daniel semakin lemah dan tidak mampu berdiri. Zaidah mencubit tubah dan pipi si kecil itu selain menampar mukanya berulang kali. Zaidah memberitahu, dia menyangka Daniel berpura-pura lemah dan mengadu pada Zaini. Lantas teman lelakinya itu menampar mangsa, memijak perutnya sehingga terjatuh ke lantai dan terhentak kepalanya. Zaini kemudian memaksa mangsa makan cili buat kali kedua. 

Keesokan harinya, pasangan itu tidak mampu mengejutkan Daniel. Lalu mereka dan dua lagi rakan yang tinggal serumah menghubungi ambulans. Daniel akhirnya disahkan meninggal dunia pada jam 9.11 pagi.

Apabila ditanya oleh paramedik dan polis mengapa tubuh mangsa mempunyai lebam, pasangan itu berbohong dan mengatakan mangsa biasa mencubit dirinya sendiri dan jatuh tersungkur di tandas. 

Hasil laporan bedah siasat mendapati, mangsa mempunyai lebih 40 kecederaan termasuk retak tulang rusuk dan pendarahan otak. 

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Claire Poh menyifatkan "penderaan fizikal, mental dan emosi" terhadap mangsa yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. 

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk sehingga menyebabkan kematian, pasangan itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat. Manakala atas kesalahan penderaan kanak-kanak, mereka boleh dipenjara sehingga 4 tahun atau didenda sehingga RM12,100 bagi setiap pertuduhan. 



Pada 23 Jun lalu, Zaidah, 41, dan teman lelakinya Zaini Jamari, 46, mengaku bersalah di mahkamah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan teruk sehingga menyebabkan kematian dan tiga lagi pertuduhan mendera kanak-kanak. Zaidah mengaku salah mendera sehingga menyebabkan kematian anaknya sendiri. 

Lapor Brunei.com, ketika Hakim Daerah Bala Reddy mengarahkan pegawai mahkamah menunjukkan kepada Zaidah dan Zaini yang berdiri bersebelahan satu sama lain di kandang tertuduh gambar-gambar kecederaan yang dirakam pada tubuh Daniel akibat perbuatan mereka, pasangan itu tidak menunjukkan sebarang reaksi yang mereka menyesali perbuatan kejam yang dilakukan terhadap Daniel. 

Apabila ditanya sama ada mereka mahu berkata apa-apa,  kedua-duanya hanya mengambil kesempatan untuk merayu dijatuhkan hukuman lebih ringan. 

Atas kesalah menyebabkan kecederaan teruk sehingga menyebabkan kematian, pasangan itu boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat. Manakala atas kesalahan penderaan kanak-kanak, mereka boleh dipenjarakan sehingga 4 tahun dan/atau didenda sehingga S$4,000 bagi setiap pertuduhan. 

Lagi 26 dan 18 tuduhan penderaan kanak-kanak ke atas pasangan tersebut, yang kedua-duanya adalah pekerja pembersihan akan diambil pertimbangan apabila mahkamah menjatuhkan hukuman pada 15 Julai ini.

Difahamkan bapa Daniel sedang ditahan dalam penjara dan telah terputus hubungan dengan Zaidah. - Amar Yusoff | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.