'Caj Touch 'n Go Berlebihan Kes Terpencil' - CEO


KUALA LUMPUR - Insiden yang menimpa seorang pengguna Touch 'n Go yang dikenakan bayaran jauh lebih mahal berbanding harga biasa adalah suatu kes yang terpencil, demikian kata ketua pegawai eksekutifnya, Syahrunizam Samsudin. 



Difaham pihaknya telah memohon maaf di atas insiden itu dan memberikan jaminan bahawa Touch 'n Go dan syarikat pengendali konsesi lebuh raya PLUS (M) Bhd akan berusaha untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan. 

"Kami beri jaminan bahawa pengalaman tersebut memang kes terpencil daripada jutaan transaksi yang kami proses setiap hari. Dan untuk itu, kita minta maaf," katanya. 

Insiden ini secara tidak langsung membuka mata ramai pengguna Touch 'n Go untuk peka dengan caj yang dikenakan terhadap kad mereka. 

"Selama ini tak pernah check pun berapa caj yang dikenakan. Main percaya begitu sahaja. Selepas ini, akan lebih berhati-hati," kata Bunga Rose. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.