Calon PKR Bekenu Mati Ditembak


MIRI - Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong, 43, maut ditembak di persimpangan lampu isyarat pagi tadi. 

Dalam kejadian yang berlaku berdekatan dengan Emart One-Stop Shopping Mall, di Senadin itu, kereta pacuan 4 roda yang dipandu mangsa yang tertera logo parti, ditembak ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau. 

Lapor Borneo Post, tembakan itu terkena pada leher menyebabkan mangsa maut serta merta di tempat kejadian. 



Kejadian itu disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Bill Kayong sebelum ini pernah menjadi calon bagi DUN Bekenu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak April lalu. Bagaimana pun tewas dalam perlawanan empat penjuru itu. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.