Cemas, Telefon Samsung Meletup Dalam Poket Seluar


WUHAN, CHINA - Seorang lelaki terpaksa berguling di jalan bilamana pahanya terasa panas akibat telefon pintar miliknya meletup dan terbakar secara tiba-tiba. 

Dalam kejadian Sabtu lalu, Zhang, tiba-tiba terasa panas di bahagian kakinya mendapati telefon pintar jenama Samsung SM-G90009W itu tiba-tiba meletup. Mangsa yang ketakutan hampir terkencing, segera membuka seluarnya biarpun di tempat awam. 

Akibat letupan kecil itu, paha mangsa mengalami kecederaan ringat dan seluarnya juga berlubang. 



Menurut Zhang, telefon itu dibelinya pada tahun 2014 dari sebuah kedai telefon dengan harga 4,000 yuan. Jelasnya, telefon itu sebelum ini pernah mengalami kepanasan yang melampu namun tidak pernah meletup. 

"Kalau saya tak bertindak cepat, paha saya mungkin cedera teruk," katanya yang difahamkan telah menghubungi pengeluar jenama berkenaan untuk menuntut penjelasan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.