'Dah Makan Separuh, Baru Sedar Ada Banyak Ulat Bangkai'


KUALA NERANG - Kembang tekak seorang lelaki apabila menemui ulat bangkai di dalam juadah berbuka puasanya yang dibeli petang semalam di bazaar Kuala Nerang. 

Video dan gambar yang dimuat naik oleh Alias Ismail itu telah dikongsi 688 perkongsian di Facebook. 

"Assalamualaikum kawan-kawan Facebook semua. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf andai video saya ini tidak menyenangkan mana-mana pihak. Motif viral saya pada video ini bukan nak menjatuhkan peniaga melayu di luar sana. Cuma sekadar perkongsian pengalaman saya sebagai seorang pembeli.

"Maksud pembeli di sini, saya membeli dengan wang, bukan saya ambil secara percuma. Bila sebut wang ini, saya sedikit terkilan dengan peniaga yang menjual juadah berbuka di bazar kawasan saya ini.

"Kenapa saya terkilan? Kawan-kawan semua boleh tengok sendiri video serta gambar yang saya kongsikan ini. Saya tak mahu cakap lebih-lebih. Apa yang saya tahu, taubat lahom saya takkan beli di tempat itu lagi," katanya. 

Menurut Alias Ismail yang berasa menetap di Taman Bersatu Kuala Nerang itu, juadah itu baru saja dibelinya petang semalam untuk berbuka. Namun tidak menyangka ulat bersepah-sepah di dalam isi ikan tersebut. 

"Putus selera berbuka tadi. Ikan habis separuh, baru perasan ada dulat di tulang-tulang ikan itu. Kembang tekak," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.