Difteria Outbreak, Tak Wajar Salahkan Golongan Antivaksin


Saya rasa kan, istilah antivaksin tidak sesuai untuk digunakan. Ini kerana, most of parents yang stop vaksin anak-anak bukan saja-saja tak nak vaksinkan anak mereka. It is due to bad experience yang pernah parents lalui setelah memvaksinkan anak-anak mereka. 

Jadi, setelah nightmare yang terpaksa mereka lalui, saya rasa wajar jika mereka pilih jalan begitu. Mungkin bagi kita yang tidak pernah ada bad experience dengan vaksin akan kata 'kesan tak ambil suntikan vaksin lebih teruk compare to aefi.' Tetapi yang tak tidur malam selama berbulan-bulan menjaga anak eczema menggaru, yang terpaksa tukar diet menggunakan makanan dari sumber-sumber organic yang mana kosnya tuan puan sediah mak, yang terpaksa bawa mengambil rawatan luar dari hospital kerajaan yang kosnya agak tinggi adalah ditanggung oleh ibu bapa itu sendiri. 

Ya, kita tidak akan faham selagi tidak berada di tempat mereka. Tambahan pula di Malaysia, tiada langsung akta yang membela nasib anak-anak yang terkena aefi mahupun parents. Jika di luar negara, mereka ada mahkamah khusus untuk membela nasib pt yang terkena aefi dan membayar ganti rugi kepada pesakit. Jadi, tidak adil jika sebelah pihak sahaja yang boleh mengambil tindakan sedangkan sebelah pihak lagi tiada pembelaan. 

Boleh tak selepas paksa parents vaksinkan anak-anak mereka dan kemudian berlaku kesan aefi, parents boleh saman balik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Tak boleh kan? Kenapa? Adakah hanya kerana kesan aefi tak effect pada orang lain dan kemudian tidak perlukan pembelaan? Fikir juga perasaan ibu bapa yang berhempas pula memulihkan anak-anak mereka dari kesan vaksin.

Walaupun saya vaksinkan anak-anak saya, saya rasa tidak wajar kita paksa parents yang ada sebab kukuh untuk tidak vaksinkan anak-anak mereka. Selain dari antivaksin yang dituduh sebagai punca, jangan lupa negara kita sekarang punyai pendatang asing yang terlalu ramai. Kebanyakan mereka masuk Malaysia secara haram tanpa ada pemeriksaan dan rekod kesihatan yang sepatutnya. Tidak mustahil mereka juga merupakan penyumbang punca berlakunya outbreak. 

Berhubung kes difteria, kepada parents yang mana tak vaksinkan anak-anak, at this moment sedang berlaku outbreak. Jadi, kalau ada tanda-tanda anak-anak demam, terus segera bawa ke hospital/klinik unuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu sampai 2 3 hari baru nak bawa pergi check. Ini kerana, jika cepat dikesan, antibiotik untuk melawan bakteria defteria bolehdiberi seawal mungkin bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Ada masa ikhtiar alami kita berkesan, ada ketika masih memerlukan ubatan khas untuk cure the disease. Same goest to parents yang complete vaksin anak. Walaupun anak-anak kita antibody mereka sudah bersedia, namun jika ada tanda-tanda awal, segera dapatkan rawatan. Dan musim sekarang lebih banyak kuarantinkan anak-anak di rumah dari bawa ke tempat-tempat awam. 

Pihak hospital/klinik juga perlu lebih details dalam melakukan pemeriksaan buat masa sekarang. Pemeriksaan air kencing/darah boleh dilakukan seawal kali pertama anak-anak menerima rawatan. Jangan hanya sekadar bekalkan PCM then pesakit disuruh pulang. Jika keadaan bertambah buruk, barulah datang semula dan ujian-ujian terperinci akan dilakukan. Khuatir kes kelewatan mendapatkan rawatan sewajarnya membuatkan pesakit tidak dapat diselamatkan. Dalam masa yang sama, ibu bapa perlu berikan kerjasama. Sama-sama kita usahakan yang terbaik.

Sedikit buah fikiran saya, di bulan yang penuh barakah ini sudah pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Tambahan di 10 malam terakhir ini sudah Allah janjikan 1 malam yang tercukup istimewa. Sama-sama kita doakan Allah yang Maha Menyembuhkan mengangkat wabak ini dari terus menular. Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Wallahualam. - Hanani Ahmad | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.