'Dio Ambek Purse, Habis Semo Pitis Aku'


Kepada mereka yang berbelanja membeli barang persiapan raya di tempat tumpuan orang ramai, anda dinasihatkan berhati-hati kerana semakin banyak laporan mengenai kes kecurian barang.

Dalam kejadian terbaru, 6 pengunjung Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) menjadi mangsa yang melibatkan kerugian beribu-ribu ringgit, selain kehilangan barang berharga seperti telefon bimbit. 

"Hati-hati guys yang tengah syok shopping. My sis Anis Izyani Lee baru saja kena seluk, petang tadi di Jalan TAR. Pencuri sekarang ni main toreh beg. Dia ingat dia kerja penoreh getah agaknya. 


"Tengah-tengah shopping, masa nak bayar, purse dah tak ada. Hati-hati semua semasa orang tengah berasak-asak. Nak pergi Mood Republik ke, Jalan TAR ke, Sogo ke, Wakaf Che Yeh ke, buat macam orang lama. Selit duit dalam pakaian dalam. Nak bayar, baru ambil. Hahaha! 

"Bahaya orang zaman sekarang ni. Dia punya jahat." - Fatin Amyra Lee II | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.