'Duit Tinggal 20 Sen, Mana Nak Cari Duit Untuk Makan...'


Hari ini, 30 Mei, duit aku betul-betul dah kering. Dari semalam dah aku cuba withdraw, tetapi tak boleh juga sebab balance tak cukup. Dalam bank Islam, baki ada RM50 memang tak boleh dikeluarkan dah. Dalam Muamalat ada RM18, tapi tak boleh dikeluarkan sebab mesin ATM keluarkan gandaan RM20 ke atas sahaja. Dalam purse ada RM5. 

Aku ni self sponsor. Jadi, setiap 1hb family aku akan bank in duit. Jadi nak tunggu 1hb, aku kena ikat perut selama dua hari lagi. Tetapi aku tak risau sangat sebab aku masih ada milo 3 in 1. Bolehlah aku minum yang itu dulu untuk sekadar buat tenaga selama dua hari ini. 

Dengan RM5 yang ada, aku kena print asignment sebab kena hantar hari ini. Aku dah kira, setiap helaian kertas asignment yang nak kena print. Cukuplah semua sekali RM3.20. Jadi aku masih ada balance RM1.20. 

Selepas hantar asignment pada lecturer, aku lalu depan masjid. Aku memang berniat nak bersedekah sebab aku yakin Allah akan tolong aku semula. Cuma lambat atau cepat sahaja. 

Aku masukkan RM1 ke dalam tabung masjid. Baki lagi 20 sen, aku nak buat beli ais ketul di kafe. Memandangkan aku ada milo 3 in 1, jadi aku beli air sajalah. 

Ini semua berlaku petang tadi, dalam waktu lunch. Selepas beli ais, habis licinlah duit aku dalam purse. Satu sen pun tak ada. Ada juga bimbang sebab aku ni gastrik, tak boleh kalau tak makan. Tetapi aku yakin, adalah rezeki yang Allah nak berikan. Lagipun milo 3 in 1 masih ada. Boleh alas perut. 

Jam 10.30 malam, kakak aku call, dia kata dia masukkan RM50 dalam bank Islam. Katanya buat belanja sementara menunggu family bank in 1hb kelak. 

"Ambil je RM50 tu buat belanja sementara tunggu ayah bank in 1hb nanti. Akak risau takut kau kering," katanya.

Allahuakbar. Cepat sungguh Allah bagi rezeki pada aku. Aku fikir juga kenapa awal sangat kakak aku bank in? Padahal lagi dua hari nak tunggu bulan depan. Aku baru teringat, ini mungkin sebab RM1 yang aku sedekah dalam tabung masjid.

Allahurabbi, nikmat apa lagi yang ingin kita dustakan? Terang-terang Allah sudah membalasnya terus kalau kita bersedekah. 

Walau tak ada duit macam mana pun, jangan takut untuk bersedekah. Makin kau tak ada duit, makin kau kuat bersedekah. Begitu juga kalau makin kau berduit, makin keraplah kena bersedekah. Yakin dengan rahmat dan pertolongan Allah. 

Sebelum ini aku cuma baca cerita orang yang berkongsi tentang keberkatan bersedekah. Ini dah terkena pada aku sendiri, memang aku yakin Allah itu maha berkuasa lagi maha pemurah. 

Saja aku nak berkongsi cerita ini biar semua dari kita jangan kedekut. Bersedekahlah, jangan kau pergi senyum saja di depan tabung masjid itu sebab senyum pun sedekah kan? Entah dekat mana aku tengok orang buat viral senyum depan tabung masjid sebab senyum pun sedekah. Jangan buat begitu pula. Haha! - Busu | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.