Gagal Ujian Dara, Suami Mohon Ceraikan Isteri


INDIA - Baru saja berkahwin, namun pengantin lelaki nekad memohon cerai dengan isterinya kerana wanita itu didakwanya sudah tiada dara lagi. 

Arjun, 25, mendakwa isterinya, Yogita ABhiyekar-Karale, 20, tiada dara berikutan tidak mengalami pendarahan ketika melakukan hubungan kelamin di malam pertama. 

Bagaimanapun, Yogita yang juga anggota polis di bandar Ahmednagar itu menafikan dia sebelum ini tidak pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, apatah lagi berlaku curang terhadap Arjun. 

"Saya mengakui yang saya masih anak dara lagi. Selaput dara saya mungkin telah pecah ketika menjalani latihan lasak dalam pasukan polis. Itulah sebab tiada pendarahan berlaku ketika mengadakan hubunga kelamin dengan suami saya," katanya. 

Difahamkan, Yogita adalah isteri kedua Arjun yang berkahwin pada 22 Mei yang lalu. 

Adat resam di Ahmednagar menetapkan pengantin lelaki berhak menguji status dara pengantin perempuan dengan meletakkan sehelai kain putih ketika mengadakan hubungan di malam pertama. 

Yogita telah cuba menyakinkan suaminya, namun Arjun tetap dengan keputusannya itu untuk membawa kes mereka ke mahkamah. 

Kes pasangan berkenaan kemudian mendapat banyak perhatian masyarakat. Selepas mendapat bantuan daripada beberapa persatuan, pihak polis akan memberikan perlindungan kepada Yogita di bawah undang-undang sedia ada dan berjanji akan menyiasat kes tersebut. 

Menyedari perkara itu mendapat liputan meluas, Arjun telah mengubah fikirannya dan berjanji akan menarik balik permohonan perceraiannya terhadap Yogita. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.