Group Pedofilia Malaysia Di Telegram Cetus Kebimbangan Netizen


PUTRAJAYA - Gambar screenshot aktiviti kumpulan pedofilia di aplikasi Telegram, tersebar di laman sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Gambar yang dimuat naik oleh Syed Azmi itu, telah mendapat 8,530 perkongsian di Facebook.

Menurut Azmi, dia menerima gambar itu pagi tadi yang dihantar oleh kenalannya.

"Berdasarkan gambar, ia perbualan pada Januari 2016. Maaf terpaksa kaburkan kerana saya telah meminta penghantarnya membuat laporan polis yang mana itu adalah tindakan yang betul untuk dilakukan. Tetapi penghantarnya kata,
"Okay, TQ. Saya dah hantar gambar ini tadi kepada kawan saya yang polis. Dia cakap kalau rasa ada kaitan dengan saya, bolehlah pergi report. Ada ke patut cakap macam itu?". 
"Jadi, sekarang saya nak cuba laporkan kepada kawan saya pula. Harap dapat jawapan positif," katanya.

Azmi juga mendedahkan, terdapat golongan yang masih muda turut terjebak dalam group yang tidak sihat itu.

"Salah seorang daripada mereka menggunakan nama samaran yang tertera tahun kelahirannya seperti 'xxxx86'. Cuba teka berapa usia mereka? Masih muda," ujarnya.

Justeru, Azmi menasihatkan agar ibu bapa berhati-hati apabila memuat naik gambar anak-anak mereka di laman sosial.

"Nampak seperti tidak berbahaya, tetapi jika gambar anak anda sudah menjadi sasaran golongan ini, sudah terlambat untuk menyesal." katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.