Hancur 3 Jari


KOTA BHARU - Tiga jari tangan kanan seorang remaja hancur akibat letupan mercun bola di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah, semalam, lapor Harian Metro

Mangsa, Nik Redzuan Azman, 17, hancur di jari telunjuk, jari hanti dan jari manis dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang. 

Difahamkan, mangsa sebelum itu bermain mercun bersama adiknya di rumah jiran. 


Mangsa dikejarkan ke Hospital Tanah Merah sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, untuk rawatan lanjut. 

Ketika kejadian itu berlaku, ibu mangsa, Engku Aznah Engku Ismail, 45, berada di rumahnya sebelum dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya. 

"Pada mulanya saya tidak percaya, namun saya menerima panggilan dari pihak hospital pada jam 6 petang memaklumkan kejadian yang menimpa anak saya itu. Saya terus pergi ke hospital," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.