Hari Raya Ketiga Mungkin Diisytihar Sebagai Cuti Peristiwa


PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan penjawat awam agar Hari Raya Aidilfitri ketiga pada 8 Julai, Jumaat, diisytiharkan sebagai cuti peristiwa. 

"Kerajaan akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat peringkat tertinggi kerajaan yang akan datang. Namun, cuti khas itu hanya terpakai untuk negeri-negeri yang bekerja pada hari Jumaat minggu tersebut sahaja. 

"InshaAllah saya akan bawa perkara itu untuk dirundingkan," katanya lapor Utusan Malaysia

Terdahulu, permintaan itu telah dikemukakan oleh Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda dalam majlis perjumpaan khas bersama ahli-ahli CUEPACS, hari ini.

Sebelum ini, Kerajaan telah meluluskan permintaan penjawat awam balik awal 30 minit bersempena bulan ramadhan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.