'Hei! Doktor Korang Ni Tidur Ke? Dah Berapa Jam Tunggu Ni?!'

Gambar hiasan

Bila tiba-tiba pesakit atau waris pesakit di Green Zone datang menerjah bilik rawatan dengan pertanyaan marah. 

"Hei! Doktor korang ni tidur ke? Dah berapa jam tunggu ni?!"

"Encik nak berjumpa dengan doktor ke?" tertanya pula soalan bodoh. 

Dah tentulah dia marah dengan soalan itu. Habis tu, datang hospital buat apa kalau tak jumpa doktor? Saya tengok jam di tangan menunjukkan angka 2 pagi. 

"Okay, jomlah ikut saya. Kita pergi berjumpa dengan doktor," pelawa saya padanya. 

Jadi, saya bawalah dia melawat kawasan, buat-buat tercari-cari doktor yang lapang di Yellow Zone sambil-sambil buat-buat tanya. 

"Hmmm.. Doktor mana yang lapang eh?" 

Dia? Dia terkemut-kemut. Yellow Zone, semi kritikal zone pada ketika itu. Macam kapal pecah. Dengan muatan overloaded sampai penuh pesakit atas troli di laluan. Jadi saya ajak dia ke Red Zone pula. 

Dan pada ketika itu, ada satu kes sedang di CPR. Satu kes trauma dengan lumuran darah di merata-rata. Saya dapat melihat wajah encik yang mengikuti saya tadi terkemut-kemut macam nak muntah.

Dan di situ juga ada satu kes kanak-kanak yang telah di intubated dan ventilated. Saya pun pandang encik itu. 

"Maaf encik, doktor saya semua tak lapang nak berjumpa dengan encik. Semua tengah dalam usaha menyelamatkan nyawa," kata saya. 

Dengan muka yang berkerut, dia cakap perlahan-lahan pada saya. 

"Tak apalah misi, tak apa. Saya tunggu di luar saja." katanya.


Hahahaha! Apa kau ingat hospital jam 2 pagi, tidur? Tak pasal-pasal kena ikut aku melawat kawasan kannn! - Ernie Fadzlinawati Che Mamat | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.