Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Huckle Dipenjara Seumur Hidup


    LONDON - Richard Huckle, 30, yang dituduh mencabul 200 kanak-kanak di Asia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Old Bailey, selepas mengaku bersalah. 

    Hakim Peter Rook menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah mencabul 23 kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 11 tahun. 

    Richard Huckle, 30, dari Ashford, Kent, mengaku bersalah melakukan jenayah itu terhadap bayi berusia 6 bulan sehingga kanak-kanak 11 tahun dari tahun 2006 hingga 2014 di Malaysia dan Kemboja.

    Dalam pertuduhan itu Huckle didakwa telah memuat naik dan berkongsikan gambar dan video dirinya memperkosa dan mencabul kanak-kanak di laman web tertutup dengan pedofilia yang lain di seluruh dunia. Malah, Huckle juga didapati cuba menjadikan jenayah itu sebagai perniagaannya. - PIXEL MEDIA

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.