'Humaira Anak Ayah!'

Gambar dari BERNAMA & Facebook

"Humaira! Humaira anak ayah!" 

Antara kata-kata terakhir yang diucapkan oleh bapa kepada bayi dan isterinya yang terlibat dalam kemalangan yang membabitkan 16 buah kenderaan di KM406 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Tanjung Malim, menghala ke pusat bandar.


Menceritakan kembali detik-detik cemas kejadian itu kepada Sinar Harian, Mohd Nasrun Ramli, 29, berkata, mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ahli keluarga mereka yang meninggal dunia. 

"Masa itu jalan sesak disebabkan ada kemalangan di hadapan. Kereta memang tidak bergerak. Seingat saya, saya sedang mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran. Manakala anak dan isteri sedang tidur. 

"Tiba-tiba saya rasa ada sesuatu yang merempuh kami dari belakang. Semuanya berlaku dengan pantas dan badan saya terus terhentak ke stereng kereta. Namun saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius. 

"Saya masih ingat setiap detik kejadian itu. Paling menghibakan saya ialah melihat wajah arwah isteri (Nurul Syazeila Iryana Suhaimi, 28) yang berlumuran dengan darah dan tidak lagi bernyawa. Saya lihat anak saya (Hanna Humaira Mohd Nasrun, 1 tahun 5 bulan), saya panggil namanya Humaira berulang kali. Kali pertama, dia menangis dan kemudian terus senyap. Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu. 

"Arwah isteri ada berkata kepada saya yang dia teringin menunaikan solat tarawih bersama saya di Masjid Biru Shah Alam. Saya berjanji untuk membawanya, namun ini sudah tertulis yang dia telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.

"Pada saya, arwah adalah seorang isteri yang sempurna. Dialah yang terbaik buat saya," katanya. 

Jenazah Nurul Syazeila Iryani Suhaimi bersama Hanna Humaira Mohd Hasnun telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Darat jam 11.30 malam semalam. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.